1. Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 78 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-78 Bagi Tahun 2024 telah diadakan pada hari Khamis, 10 haribulan Ramadhan 1445 Hijrah bersamaan 21 haribulan Mac 2024 Masehi bermula selepas sembahyang Fardhu Asar berjemaah bertempat di masjid-masjid terpilih di setiap daerah.
2. Bagi Daerah Brunei dan Muara, Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran 77 Kali Khatam tersebut telah diadakan di Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, Bandar Seri Begawan. Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-77 Bagi Tahun 2023. Turut hadir ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah bin Haji Mohd Salleh, Menteri Pendidikan, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri,; Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara; Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pendidikan; Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Brunei dan Muara.
3. Bagi Daerah Belait, Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran 77 Kali Khatam tersebut telah diadakan di Masjid Mohamad Jamalul Alam, Kuala Belait. Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan. Turut hadir Pemangku Pegawai Daerah Belait, Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Belait, Pegawai-Pegawai Ugama, Bilal-Bilal, ahli-ahli Takmir Masjid dan anak-anak buah kampung.
4. Bagi Daerah Tutong, Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran 77 Kali Khatam tersebut telah diadakan di Masjid Pengiran Anak Haji Mohammed Alam, Kampung Sengkarai. Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama, dan Kementerian Pendidikan, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Tutong, Pegawai-Pegawai Ugama, Bilal-Bilal, ahli-ahli Takmir Masjid dan anak-anak buah kampung.
5. Bagi Daerah Temburong, Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran 77 Kali Khatam tersebut telah diadakan di Masjid Utama Mohamad Salleh, Pekan Bangar. Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan. Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan, ahli-ahli Jawatankuasa Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan bagi Tahun 2023 Peringkat Daerah Temburong, Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung.
6. Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan seterusnya pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran bermula dari Juz Pertama. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat.
7. Peserta-peserta bagi pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran adalah terdiri daripada ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi di keempat-empat daerah mengikut kategori dewasa lelaki, dewasa wanita, belia dan beliawanis (berumur 13 tahun hingga 20 tahun) yang terpilih dan mewakili mukim dan kampung termasuk penuntut-penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Arab dan Skim Tilawah Al-Quran remaja dan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun ke bawah yang mewakili Sekolah-Sekolah Arab, Sekolah-Sekolah Ugama dan Skim Khatam Al-Quran di bawah umur 10 tahun serta penuntut-penuntut sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi.